Black gagak nak terus terbang bebas...

terbang lah burung terbang

Thursday, March 6, 2008

Kenapa Mereka Keluar Dari PKR?


Seketika bersama Dr. Chandra Muzaffar



DR. CHANDRA Muzaffar pernah menjadi ‘orang kuat’ Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika parti itu ditubuhkan pada tahun 1999.Chandra memegang jawatan Timbalan Presiden PKR selama dua tahun sebelum menarik diri pada Disember 2001 atas sebab-sebab tidak sehaluan dengan penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Saya tarik diri kerana perbezaan pendapat dan tidak bersetuju dengan Anwar,’’ katanya.


Menurut Chandra, Anwar tidak layak menjadi pemimpin kerana pendiriannya tidak konsisten, kurang jelas dan beliau mengamalkan politik perkauman.


Wartawan Utusan Malaysia, Nazrullah Rosli menemu bual Chandra, yang kini mengetuai Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST), mengenai beberapa isu berkaitan Anwar dan peluang PKR pada pilihan raya umum 8 Mac ini.


Bagaimanakah saudara melihat kehadiran di ‘belakang tabir’ Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya umum kali ini?


CHANDRA: Pada hemat saya, prestasi PKR kali ini akan merosot kerana Anwar tidak akan berjaya meraih simpati kerana dia tidak berada dalam penjara seperti sebelum ini. Pada pilihan raya 1999, Anwar menerima banyak ‘simpati’ kerana dia dipenjarakan dan ia menjadi faktor utama isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menang di Parlimen Permatang Pauh. Anwar sudah dibebaskan dari penjara dan faktor simpati sudah tidak wujud lagi. Dengan kata lain PKR dan Anwar yang merupakan pelaku utama parti itu kini akan mendapat layanan yang sama seperti pelaku politik parti-parti lain. Ini juga bermakna segala kelemahan Anwar juga akan terdedah dan dia terpaksa menanggung risiko kerana rakyat akan menilai dirinya sama seperti mereka menilai pelaku politik lain.


Apakah punca PKR tidak diterima oleh majoriti rakyat di negara ini?


CHANDRA: Ada beberapa sebab termasuk pengakuan terbuka Anwar mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagaimana yang dinyatakannya pada kempen pilihan raya kali ini.
Seperti diketahui umum, DEB melindungi orang Melayu dari segi ekonomi. Sebaliknya cadangan Anwar itu menimbulkan kemarahan orang Melayu yang tidak bersetuju dan menentang perbuatan menghapuskan DEB. DEB bagi orang Melayu adalah sesuatu yang penting dan sekiranya ada pemimpin Melayu yang mahu menghapuskan DEB, ia satu perbuatan yang tidak boleh diterima. Anwar juga dikaitkan secara tidak langsung dengan pertubuhan haram Hindraf. Dia secara terbuka mempertahankan perbuatan kumpulan itu.Masyarakat Melayu tidak senang dengan pendirian politiknya ini. Dan ini membawa implikasi negatif kepada politik Anwar.


Bagaimana pula PKR pada mata masyarakat Cina dan India di negara ini?


CHANDRA: Kedua-dua kaum itu tahu pendirian Anwar semasa dalam kerajaan dulu berhubung beberapa isu melibatkan kepentingan dua kaum itu. Apa yang diperjuangkannya sekarang jauh berbeza. Misalnya, dalam isu penggunaan bahasa di sekolah Cina, pendirian Anwar sering berubah berdasarkan kehendak golongan yang menjadi sasarannya. Kalau dia hendak dapat sokongan dan perjuangkan orang Melayu, dia akan pilih isu-isu tertentu yang ada kaitan dengan orang Melayu. Anwar bukan seorang yang berpegang pada prinsip dan dia hanya menyesuaikan diri dengan suasana, kehendak dan iklim politik semasa. Contohnya, kalau mahu meraih sokongan kaum Cina, dia akan memperjuangkan isu masyarakat berkenaan dan melakukan perkara sebaliknya apabila mahu mendapatkan sokongan Melayu. Jadi, matlamat Anwar dalam PKR jelas untuk kepentingan politik dirinya sendiri. Pengundi kaum Cina dan India tahu politik Anwar.


Apakah hubungan mesra Anwar dengan golongan tertentu di Amerika Syarikat dan Barat menggugat sokongan rakyat kepada PKR?


CHANDRA: Bagi masyarakat Melayu dan bukan Melayu, mereka sedar tentang pendirian politik Anwar dalam soal hubungan antarabangsa. Dia menjalinkan hubungan intim dengan golongan tertentu di Amerika Syarikat (AS). Rakyat Malaysia tahu tentang dasar luar AS yang begitu agresif mahu menguasai dunia seperti di Asia Barat. AS mahu kekal berkuasa ke atas laluan strategik di rantau itu. Anwar juga begitu akrab dengan golongan tertentu di AS, antaranya dengan bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan yang juga bekas Presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz yang merupakan antara perancang utama Perang Iraq. Anwar juga menjadi Pengerusi Yayasan Untuk Masa Depan yang ditubuhkan dan dilancarkan oleh pentadbiran Amerika Syarikat yang kononnya untuk memperkenalkan demokrasi di Asia Barat. Yayasan itu ditubuhkan oleh kuasa tertentu untuk kepentingan mereka. Anwar terlibat dalam usaha ini. Dia mendapat sokongan media Barat dan pemimpin tertentu di Barat.


Apakah pembabitan Anwar dengan Barat ini yang menyebabkan saudara menarik diri daripada PKR?


CHANDRA: Memang benar. Inilah yang menjadi faktor saya tarik diri pada Disember 2001. Saya lihat faktor ini melemahkan PKR dan mungkin menyebabkan komplikasi serius terhadap Malaysia sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat. Hubungan Anwar dengan Amerika Syarikat dan Barat boleh membahayakan kedaulatan kita. Jika hubungan seperti itu wujud, bagaimana dia boleh memimpin untuk kepentingan negara ini? Secara umumnya, orang begini kalau memimpin negara, dia akan melemahkan kerajaan dan negara. Sebab itulah selama dua tahun dalam PKR, saya tidak tunduk kepada kehendak Anwar kerana pendiriannya tidak konsisten dan tidak berterus terang. Selain pendirian yang tidak konsisten dan kurang jelas, Anwar juga memainkan sentimen perkauman seperti terbukti pada pilihan raya kecil Lunas dulu. Begitu juga dengan soal politik wang yang diheboh-hebohkan, sedangkan apa yang dilakukannya jauh berbeza. Dia cakap tak serupa bikin. Sekiranya Anwar dapat menjadi Perdana Menteri, dia tidak akan memberi manfaat kepada rakyat dan negara. Malah, seperti yang saya katakan, dia akan berkompromi dengan golongan tertentu di Amerika Syarikat dalam soal kedaulatan dan kemerdekaan negara.


sumber utusan:


nota: adakah pemimpin seperti anwar ini masih lagi menjadi favourite anda utk menjadi PM…???adakah anda suka sekiranya negara kita ini diletak di bawah telunjuk Amerika Syarikat….???adakah anda masih lagi menyokong parti yang tiada hala tuju yang tulen dan jelas seperti PKR???…sanggupkah anda dipimpin oleh pemimpin yang sememangnya tidak tahu utk menuruti undang2 seperti ANWAR, TIAN CHUA???anda bertanggungjawab sekiranya tanah air kita tergadai sekiranya pembangkang memerintah dengan bantuan undi anda….??jgn biarkan anak2 kita merana sedangkan kita membesar dengan selesa dengan pemerintahan Barisan Nasional….??adilkah kita mempertaruhkan masa depan anak2 kita di bawah pemerintahan pembangkang sedangkan nenek, ibu bapa kita membesarkan semasa pemerintahan Barisan Nasional…moga Allah menyokong hasrat murni UMNO/Barisan Nasional…

Undilah BN untuk masa depan anak-anak kita




Mari Kita TOLAK PEMBANGKANG





Undilah Barisan Nasional


Lima Angan Angan Anwar


Wednesday, March 5, 2008

Batal dakwat hitam: SPR tolong BN atau pembangkang?

KECOH…gamat dan bising bagaikan demokrasi sudah berakhir di Malaysia. Itulah reaksi parti-parti pembangkang dan jentera pilihan raya mereka, termasuk beratus blog dan laman berita yang bekerja keras menyebarkan propaganda anti-BN menjelang tarikh 8 Mac 2008.Puncanya ialah SPR membatalkan cadangan penggunaan dakwat hitam untuk mengelakkan kemungkinan seseorang pengundi mengundi banyak kali. SPR sebagai badan bebas telah mengumumkan langkah tersebut tidak lama sebelum hari pembubaran Parlimen pada 13 Februari lalu. Langkah tersebut dicadangkan atas desakan pembangkang, terutama Pas yang menuduh pilihan raya tidak bersih dan tidak adil. Yang mengumumkan SPR akan menggunakan dakwat hitam dari India itu ialah pengerusinya, Abdul Rashid Abdul Rahman, orang yang paling dibenci oleh para penyokong pembangkang. Banyak penulis propembangkang mengeja nama Rashid sebagai Rashit. (Nota: Shit adalah perkataan yang dipopularkan oleh bekas Ahli Parlimen Pas, Shahanon Ahmad melalui novelnya Shit yang ditujukan kepada Dr. Mahathir Mohamad) Menurut Rashid, ada dua sebab penggunaan dakwat itu tidak dapat dilaksanakan. Pertama kerana polis telah menangkap empat orang di beberapa negeri di utara Semenanjung yang memliki dakwat hitam berkenaan. Ertinya, sudah ada dakwat hitam dibawa masuk untuk digunakan bagi mensabotaj pilihan raya. Ia akan digunakan untuk mencalit jari mereka yang tidak mengetahui tentang tujuan dakwat itu digunakan. Apabila mereka datang ke pusat mengundi, dengan sendiri mereka akan dilarang daripada membuang undi kerana jari tangan mereka sudah bercalit dakwat hitam.
Kedua penggunaan dakwat hitam itu memerlukan peruntukan undang-undang yang belum lagi digubal.Yang mengejutkan, pembatalan itu diumumkan empat hari sebelum hari pengundian. Jentera pembangkang telah memanfaatkan sepenuhnya isu ini dengan tuduhan bahawa SPR melakukan tindakan tersebut hanya untuk `menolong’ BN yang sedang menghadapi keadaan tenat. Kononnya tanpa dakwat hitam sebagai mekanisme untuk mencegah undi berganda dan pengundi hantu, BN berpeluang untuk menipu bagi menyelamatkan kedudukan yang sangat terancam dalam pilihan raya 2008. Jika benar SPR melakukan pembatalan guna dakwat itu untuk menolong BN, ia adalah satu langkah yang paling bodoh. Sokong membawa rebah. Ia memberikan peluang kepada pembangkang untuk menyerang SPR dan BN. Malangnya yang terjejas teruk akibat serangan ini ialah BN. SPR hanyalah sebuah badan yang mengendalikan pilihan raya mengikut undang-undang yang ada. Orang boleh melemparkan apa jua kemarahan terhadap Rashid. Lihat maki-hamun dalam blog-blog propembangkang.

Contohnya komen-komen yang disiarkan dalam tranungkite.net , sebuah blog Pas.

KITA DITIPU LAGII????!!!!Jahat sungguh mereka ini!!! Aku tidak halal satu sen pun duit aku digunakan oleh mereka ini!!! Tunggulah nasib kau diakhirat, Rashid, Musa dan Ghani!!!! Aku ingat kau dan akan sebut nama kau depan Allah Rabbul Jalil!!!"Ya Allah! Berilah pentunjuk kepada orang-orang yang zalim ini!!!" Pasti jalan utama disesakkan agar pengundi hantu sangkut. JOM BUAT PLAN REVOLUSI!!!! REVOLUSI !!!!REVOLUSI !!!!! hapus rejim abdulah badawi laknat ini Celaka punye org tua..... Mari pakat doakan mintak org tua ni tak sempat ngundi 8hb ni...Ana baru dapat reply sms dari ustaz ana... kata nya darah si rashid ni dah halal dah... so apa lagi 'geng 30', 3 line... takat tunjuk terror tarik kete jer wat per... Reaksi dari kalangan penyokong PKR tidaklah seteruk penyokong Pas. Blog-blog PKR turut menyerang Rashid dan SPR, tapi tidaklah sampai `menghalalkan darahnya.’ DAP pula tidaklah sebising Pas dan PKR walaupun setiausaha agungnya Lim Guan Eng mendesak Rashid meletakkan jawatan. Barangkali isu ini tidak meninggalkan kesan yang mendalam di kalangan pengundi Cina, tidak seperti pengundi Melayu yang cepat melenting jika dijolok. Kenapa Pas paling bising? Kerana Pas paling kuat melemparkan dakwaan terhadap SPR. Kerana Pas yang menghadapi serangan paling kuat daripada UMNO. Kerana Pas hilang paling banyak kerusi dalam pilihan raya 2004.
Setelah difikir banyak kali, ternyata pembatalan dakwat hitam lebih menguntungkan pembangkang kerana mereka mendapat peluru berpandu untuk menyerang BN.



Kesimpulannya boleh diberikan dalam bentuk pertanyaan: SPR tolong pembangkang atau BN? - sumber dari malaysiaaktif.com


Saturday, March 1, 2008

Pendirian Pas Semakin Goyah

Ayat pertama dalam surah al-Humazah berbunyi “Celaka untuk setiap pengumpat, penista’” yang menunjukkan bahawa soal mengumpat tidak boleh dipandang remeh kerana ia berdosa. Mengumpat secara ringkas bermakna bercakap tentang orang lain tetapi apa yang diperkatakan itu lebih kepada keburukan dengan tujuan menjatuhkan maruah atau air muka seseorang.Jika ini yang dibenarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam setiap kempen yang dijalankan oleh parti itu, ini bermakna Pas sudah ketandusan idea untuk mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 yang tinggal tidak berapa hari lagi. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengeluarkan arahan bahawa beliau tidak membenarkan calon-calon yang bertanding atas tiket parti Pas menyerang peribadi lawan ketika berkempen. Bagaimanapun, apabila serangan tersebut terus berlaku dalam kempen-kempen politik, beliau mengatakan pula bahawa adalah susah untuk membendung tabiat buruk yang sudah menjadi ‘kebiasaan’ sesetengah penceramah daripada calon partinya ketika berkempen. Kenyataan terbaru Presiden Pas memperlihatkan kepada kita bahawa parti tersebut tidak mengendahkan arahan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak mahu kempen mempunyai serangan peribadi, caci-mencaci dan sebagainya ke atas calon parti lawan. Inilah ‘fatwa’ terbaru Pas dan kita tidak tahu berapa lagi ‘fatwa’ akan dikeluarkan oleh parti tersebut sebelum sampainya tarikh 8 Mac nanti. Kita tidak nafikan akan ada lagi ‘fatwa’ terbaru daripada parti tersebut sedikit masa lagi. Ini kerana Pas kini sudah mula goyah dalam pendirian mereka untuk memperkuat jentera bagi menghadapi PRU Ke-12. Tinggal tidak berapa hari lagi rakyat Malaysia yang layak akan membuang undi. Senario yang dapat dilihat sekarang sangat jauh bezanya dengan suasana pilihan raya tahun 1999. Setiap ceramah parti pembangkang pada tahun 1999 dihadiri oleh ribuan penonton, tetapi kini tidak seramai mana. Yang meramaikan ialah petugas parti yang berjalan ke hulu ke hilir. Nampak jelas bahawa parti pembangkang sudah ketandusan idea untuk mengumpul khalayak mahupun penonton atau pendengar ceramah-ceramah mereka. Tidak ada isu yang mampu diketengahkan untuk memancing atau mengaburi mata rakyat. Tidak ada gelak tawa dalam ceramah-ceramah mereka kerana apa yang disajikan itu basi dan sebenarnya sudah dilaksanakan oleh parti pemerintah. Parti pembangkang mahu mencari kelemahan calon parti lawan mereka setelah apa yang mampu mereka berikan untuk rakyat dilihat sebagai tidak rasional oleh banyak pihak. Manifesto parti pembangkang dikritik dan ditegur dari segenap penjuru. Dalam soal ini, sebenarnya parti Pas mestilah mempunyai pendirian yang kukuh dalam menjalankan kempen mereka. Serangan ke atas peribadi calon terutamanya mengumpat dan mencaci bukanlah petunjuk bahawa golongan yang boleh mengumpat dan mencaci itu akan dianggap sebagai jaguh dan dapat memenangi hati rakyat. Rakyat yang semakin matang dalam menentukan hala tuju negara akan dapat berfikir dengan sendiri. Rakyat boleh menilai apa yang telah dilakukan oleh parti pemerintah, apa yang dijanjikan oleh parti pembangkang dan bagaimana masa depan kita jika negara jatuh ke tangan pembangkang. Petikan daripada sebuah gurindam ada menyebut ‘mengumpat dan mengkeji hendaklah fikir, di situlah banyak orang tergelincir’. Tentu ramai berharap Presiden Pas dapat menarik balik kenyataan beliau. Ataupun, apa yang pentingnya, kita tentunya mahu melihat setiap ceramah parti pembangkang lebih menekankan manifesto mereka dan bukannya menghentam manifesto orang, dan yang lebih teruknya ialah menghentam peribadi orang.

Lagi pasal Ah Lamak Pas...

AYAT pertama dalam surah al-Humazah berbunyi “Celaka untuk setiap pengumpat, penista’” yang menunjukkan bahawa soal mengumpat tidak boleh dipandang remeh kerana ia berdosa. Mengumpat secara ringkas bermakna bercakap tentang orang lain tetapi apa yang diperkatakan itu lebih kepada keburukan dengan tujuan menjatuhkan maruah atau air muka seseorang. Jika ini yang dibenarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam setiap kempen yang dijalankan oleh parti itu, ini bermakna Pas sudah ketandusan idea untuk mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 yang tinggal tidak berapa hari lagi. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengeluarkan arahan bahawa beliau tidak membenarkan calon-calon yang bertanding atas tiket parti Pas menyerang peribadi lawan ketika berkempen. Bagaimanapun, apabila serangan tersebut terus berlaku dalam kempen-kempen politik, beliau mengatakan pula bahawa adalah susah untuk membendung tabiat buruk yang sudah menjadi ‘kebiasaan’ sesetengah penceramah daripada calon partinya ketika berkempen. Kenyataan terbaru Presiden Pas memperlihatkan kepada kita bahawa parti tersebut tidak mengendahkan arahan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak mahu kempen mempunyai serangan peribadi, caci-mencaci dan sebagainya ke atas calon parti lawan. Inilah ‘fatwa’ terbaru Pas dan kita tidak tahu berapa lagi ‘fatwa’ akan dikeluarkan oleh parti tersebut sebelum sampainya tarikh 8 Mac nanti. Kita tidak nafikan akan ada lagi ‘fatwa’ terbaru daripada parti tersebut sedikit masa lagi. Ini kerana Pas kini sudah mula goyah dalam pendirian mereka untuk memperkuat jentera bagi menghadapi PRU Ke-12. Tinggal tidak berapa hari lagi rakyat Malaysia yang layak akan membuang undi. Senario yang dapat dilihat sekarang sangat jauh bezanya dengan suasana pilihan raya tahun 1999. Setiap ceramah parti pembangkang pada tahun 1999 dihadiri oleh ribuan penonton, tetapi kini tidak seramai mana. Yang meramaikan ialah petugas parti yang berjalan ke hulu ke hilir. Nampak jelas bahawa parti pembangkang sudah ketandusan idea untuk mengumpul khalayak mahupun penonton atau pendengar ceramah-ceramah mereka. Tidak ada isu yang mampu diketengahkan untuk memancing atau mengaburi mata rakyat. Tidak ada gelak tawa dalam ceramah-ceramah mereka kerana apa yang disajikan itu basi dan sebenarnya sudah dilaksanakan oleh parti pemerintah. Parti pembangkang mahu mencari kelemahan calon parti lawan mereka setelah apa yang mampu mereka berikan untuk rakyat dilihat sebagai tidak rasional oleh banyak pihak. Manifesto parti pembangkang dikritik dan ditegur dari segenap penjuru. Dalam soal ini, sebenarnya parti Pas mestilah mempunyai pendirian yang kukuh dalam menjalankan kempen mereka. Serangan ke atas peribadi calon terutamanya mengumpat dan mencaci bukanlah petunjuk bahawa golongan yang boleh mengumpat dan mencaci itu akan dianggap sebagai jaguh dan dapat memenangi hati rakyat. Rakyat yang semakin matang dalam menentukan hala tuju negara akan dapat berfikir dengan sendiri. Rakyat boleh menilai apa yang telah dilakukan oleh parti pemerintah, apa yang dijanjikan oleh parti pembangkang dan bagaimana masa depan kita jika negara jatuh ke tangan pembangkang. Petikan daripada sebuah gurindam ada menyebut ‘mengumpat dan mengkeji hendaklah fikir, di situlah banyak orang tergelincir’. Tentu ramai berharap Presiden Pas dapat menarik balik kenyataan beliau. Ataupun, apa yang pentingnya, kita tentunya mahu melihat setiap ceramah parti pembangkang lebih menekankan manifesto mereka dan bukannya menghentam manifesto orang, dan yang lebih teruknya ialah menghentam peribadi orang.
– M. JASNI MAJED,
Bukit Kapar, Selangor.
sumber: Utusan Malaysia

Ah Lamak yang Pas Panggil Ulamak....



Kit Siang lebih mulia di mata Hadi Tuan puan

Tuan puan....Ini ada satu cerita. cerita tok guru tak mahu bersalam dengan orang umno. Bukan cerita lama. Ini cerita baharu sahaja. Kengganan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersalam dengan calon UMNO Datuk Dr Ramzi bin Datuk Hj Zubir pada pagi Ahad lalu bagi penulis bukanlah sesuatu yang aneh. Ego adalah pakaian Haji Hadi. Kalau tidak masakan dengan bongkak dia mempelawa PM bertanding di Marang sewaktu mengumumkan manifesto Pas di Kuala Lumpur baru-baru ini. Kepada mereka yang bersama dengan Haji Hadi kita dapat lihat cara dia bersalam. Mata bukannya mahu melihat mata orang yang bersalam dengannya. Itu dengan orang Pas maka dengan orang UMNO wajarlah dia enggan bersalam terus. Sewaktu pilihanraya kecil Telok Pasu pada tahun 1989 dahulu pun seorang ulama Pas yang menjadi calon ketika itu juga enggan bersalam dengan calon UMNO, bekas qadhi Haji Abdul Rahman Mohd. Justeru, janganlah lagi orang UMNO terhegeh-hegeh nak bersalam dengan tok tok guru Pas. Biarkan dia dengan kelakuannya kerana itu yang diajar oleh ulama-ulama azhar tempat mereka belajar. Ulama-ulama Azhar yang mengajar ulama UMNO tidak mengajar demikian. Usahkan ulama, orang biasa dalam UMNO pun sanggup merendah diri untuk bertemu rakyat tetapi pemimpin Pas, rakyat yang perlu mengadap mereka. Rasa tidak puas hati penyokong Pas terhadap Haji Hadi dan pemimpin Pas pernah tersiar di laman web seperti: www.malaysia-today.net bertarikh: Thursday, December 15, 2005


Wednesday, February 27, 2008

Nak tuduh biar ada bukti!!!!!



Gambar sudah menjadi bukti. Azalina berprofil buruk. Menteri yang membela rakyat kini menjerumuskan rakyat ke arah sesuatu yang menyonsang dari lumrah.
Apa yang kita tunggu lagi? Mahukah kita meneruskan kegiatan sumbang Menteri Lesbian ini bermaharajalela? Pak Lah mestilah mengheret Azalina ke Jawatankuasa Disiplin UMNO! Lucutkan semua jawatan Azalina dalam kerajaan dan politik!


Wahai blogger http://azalinalesbian-gambarsensasi.blogspot.com/, dah takder kerja lain ker?Hmm tak baik menfitnah orang...mesti saudara tahu dosa yang menanti kan?Bertaubat lah saudara sebelum terlambat.Saudara buat blog fitnah nih semata-mata untuk menfitnah Azalina saja?Kan lebih banyak perkara lain yang boleh di kongsikan, daripada perkara fitnah yang tak berasas ini.Kalau benarlah Azalina ni lesbian, mana buktinya.Takkan setakat gambar Azalina bersama dengan keluarga dan rakan-rakan pun boleh ditakrifkan sebagai lesbian.Hai..pikir-pikirlah wahai pembaca yang berakal sekalian.Jangan terpengaruh.

Pas Nak Negara Kebajikan?Hmm BN Dah Lama Buat Pun

PERSOALAN untuk menjadikan Malaysia sebuah negara kebajikan yang secara tiba-tiba diusulkan oleh Pas dilihat lebih cenderung kepada retorik politik serta cubaan mewujudkan persepsi polemik di kalangan umat Islam dan juga masyarakat Malaysia amnya. Secara kebiasaannya, semakin menghampiri tarikh pengundian, maka semakin berkumandang suara-suara dan slogan-slogan retorik ciptaan Pas dan juga pembangkang.

Jika slogan negara kebajikan diuar-uarkan di Myanmar, India, Pakistan serta Bangladesh, kemungkinan Pas akan mampu mendapatkan sokongan. Tetapi dalam konteks Malaysia, slogan seumpama itu hanya menunjukkan kecetekan pemikiran pemimpin-pemimpin Pas mengenai realiti semasa. Ini kerana slogan yang dibawa itu berkisar kepada pelbagai perkara yang telah pun ditangani oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Inilah komitmen kerajaan dalam membina modal insan negara yang juga merupakan langkah mendahului polemik ‘iklan’ Pas yang hanya retorik dan ‘penipuan’ Pas semata-mata untuk mendapatkan perhatian rakyat. Dalam isu kenaikan harga minyak, negara telah menampung lebih RM35 bilion subsidi minyak semata-mata bagi mengawal harga di pasaran semasa demi manfaat rakyat. Bayangkan jika negara ini bukan negara kebajikan, semestinya rakyat akan terbeban dengan harga minyak semasa yang mungkin mencecah hampir ke paras RM5 seliter. Cara kerajaan Malaysia meluaskan skop pendemokrasian pendidikan negara juga telah dilihat sebagai satu tindakan murni yang menyahut perintah Allah dan Sunah Rasulullah s.a.w. yang mana wahyu pertama diturunkan adalah ‘Iqra’ yakni membaca atau belajar. Tindakan kerajaan seawal kemerdekaan membina negara kebajikan yang berstruktur dengan pencetusan pelbagai dasar seperti Dasar Ekonomi Baru adalah jauh meninggalkan retorik Pas yang seperti dinyatakan oleh Naib Presidennya, Datuk Husam Musa bahawa ‘negara kebajikan itu sebagai tawaran’ semata-mata. Sikap kerajaan jauh berbeza dari era pemerintahan Pas semasa mentadbir negeri Terengganu untuk penggal 1999-2004. Pas seolah ‘bermusuh’ dengan sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak, dengan melakukan tindakan tidak ‘berkebajikan’ seperti bertindak merobohkan tadika. Yang pastinya Pas tidak akan mampu membina kerajaan dengan hanya bertanding di 60 kerusi Parlimen semata-mata. Inilah retorik kempen Pas apatah lagi untuk menunaikan hasrat provokasi mereka mengenai polemik ‘negara kebajikan’ yang secara jelas tidak mampu dilaksanakan oleh parti itu.

Sumber : Utusan Malaysia

Tuesday, February 26, 2008

Fakta kenapa kita perlu undi BN.....renung-renungkanlah

1. Sistem perkongsian kuasa yang terbukti
Perpaduan dalam menghadapi kegentingan – inilah falsafah yang didokong oleh kami sejak Kemerdekaan dan zaman permulaan parti Perikatan. Walaupun parti komponen BN diwakili pelbagai kumpulan berbeza, setiap keputusan penting dicapai dengan persetujuan ramai, bagi membuahkan hasil yang terbaik untuk Negara. Setiap kumpulan berhak bersuara, namun matlamat muktamad ialah kepentingan Negara tetap terpelihara. Sistem perkongsian kuasa ini menuntut kompromi dan juga kefahaman mengenai pengorbanan yang perlu bagi menjamin keselamatan, keamanan serta kemakmuran Negara. Ini memerlukan perkongsian pendapat mengenai Negara, sesuatu yang telah berjaya dicapai sepanjang perkongsian kuasa yang berdekad lamanya. Berapa banyakkah pakatan boleh mengaku mereka benar-benar bersepadu seperti ini?

2. Kerajaan yang terbukti berkesan
Kemakmuran serta keselamatan yang dinikmati sejak 50 tahun Kemerdekaan membuktikan keberkesanan kerajaan pimpinan BN. Dari agenda pertumbuhan ekonomi, hinggalah pembasmian kemiskinan, kerajaan BN telah menghasilkan kejayaan demi kejayaan. Dalam masa empat tahun yang lepas, kerajaan BN telah terus berusaha merealisasikan mandat 2004 rakyat yang begitu tinggi harapannya. Keadaan semasa amat mencabar: harga komoditi yang kian meningkat, serangan penyakit SARS, ekonomi sedunia yang tidak menentu, harapan rakyat yang tinggi. Tetapi kerajaan BN tetap tabah, dan hasilnya Negara berjaya menempuh saat-saat genting ini dengan lebih baik berbanding negara-negara lain. Malaysia tetap mengalami pembangunan yang pesat walaupun berhadapan dengan cabaran-cabaran tersebut.

3. Keberanian menghadapi cabaran, berwawasan menghadapi masa depan
Dunia kini semakin mencabar. Kemungkinan kemerosotan ekonomi di Amerika Syarikat serta ancaman pengganas yang berleluasa telah menimbulkan ketakutan serta pandangan yang pesimis. Pada masa yang sama, Malaysia berada di persimpangan jalan. Negara kita perlu menguasai persaingan global dengan menjana ekonomi pengetahuan (knowledge economy). Rakyat Malaysia perlu maju dari segi sosial serta budaya. Kesemua ini, dan banyak lagi perkara lain, perlu dicapai tanpa mengorbankan keselamatan, keamanan serta kualiti hidup rakyat. Setelah memimpin Negara menghadapi saat-saat genting, serta pelbaai fasa ekonomi yang beragam, kita sedar kita perlu sentiasa pragmatik dan bertanggungjawab. Kita tidak akan sekali-kali menyuarakan janji kosong atau yang merbahaya seperti yang dilakukan oleh parti-parti lain. Seperti yang telah kita kotakan sebelum ini, kita akan membuat pilihan yang betul, dan kita akan berusaha mempersediakan Negara ini untuk menghadapi masa hadapan.
sumber dari bn

Manifesto PAS - Boleh Percaya ker?

Boleh ker nak laksanakan manifesto ini...ish ish ish....
Dalam pelancaran manifesto itu, PAS menonjolkan Negara Berkebajikan sebagai satu tawaran untuk menunaikan keperluan rakyat dalam menghadapi penderitaan dalam semua aspek termasuk politik, ekonomi dan sosial. Menurut Abdul Hadi dalam ucapan pelancaran, tanggungjawab menunaikan Negara Berkebajikan ini adalah lebih luas daripada istilah yang difahami di politik Barat 'welfare state. "Walaupun sebahagianya dilaksana oleh negara-negar Barat, objektif yang dimaksudkan oleh PAS dalam negara ini adalah lebih luas," katanya. Katanya, bagi merealisasikan tema ini PAS menonjolkan tiga ciri yang penting bagi pemerintahan dan pentadbiran negara iaitu beramanah,adil dan bersih. Apa yang terkandung dalam 'Negara Berkebajikan', PAS melaksanakan tanggungjawab dengan memberikan pendidikan dan kesihatan secara percuma. Bukan itu sahaja, Abdul Hadi turut menegaskan 'Negara Berkebajikan' juga hendaklah mengendalikan hasil negara iaitu kewangan dan segala punca ekonomi dengan cara amanah dan bersih daripada rasuah. Dengan menghapuskan sifat rasuah ini, beliau juga yakin dan percaya PAS dapat mengendalikan hasil negara dengan baik dalam masa yang sama mendapat kepercayaan daripada masyarakat majmuk. Dalam pada itu, Abdul Hadi menjelaskan Negara Berkebajikan yang ditawarkan oleh PAS turut menonjolkan aspek spiritiual yang berbeza seperti mana 'Walfare State' yang dibuat di negara Barat. Menurut beliau, aspek spiritual itu merangkumi perhitungan dosa dan pahala di sisi Allah yang ada dalam ajaran Islam. Dengan menerapkan aspek itu, beliau yakin rakyat akan selesa bukan sahaja kehidupan mereka bertambah baik bahkan akan wujud sifat toleransi antara satu sama lain. Turut serta dalam pelancaran manifesto PAS itu, Pengarah Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad; AJK PAS, Dr Mohd Hatta Ramli; Calon Putrajaya, Mohammad Nor Mohamad; Calon Kota Raja, Dr Mariah Mahamud dan Calon Titiwangsa, Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali. Justeru, tegasnya, 'Negara Berkebajikan' akan memberi keberanian kepada rakyat berbagai kaum, akademik dan pakar-pakar untuk mengkritik dan memberi pandangan kepada kerajaan. Oleh itu, katanya, demonstrasi jalanan tidak akan timbul bahkan demonstrasi akan dijalankan dengan aman begitu juga kebebasan media akan berlaku dengan sebaiknya. Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar dalam ucapannya berkata, PAS mengemukakan manifesto pada hari ini untuk menjelaskan kepada rakyat supaya tidak timbul kekeliruan sebagaimana yang cuba dipropagandakan oleh parti lawan. Beliau juga berharap, PAS akan dipilih dan diberi mandat oleh rakyat pada pilihan raya kali ini sekaligus akan melaksanakan apa yang terkandung dalam manifesto itu. Abdul Hadi turut menyerahkan manifesto kepada setiap wakil Dewan Muslimat, Pemuda, Ulama, jentera wanita muda, kelab penyokong PAS dan wakil kawasan. Manifesto yang mempunyai 36 muka surat terdiri daripada 12 Teras, antaranya;

* Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih
* Pengurusan Berhemat (Pruden) Kekayaan Negara,
* Jaminan Keselamatan Nyawa, Kehormatan dan Harta Benda dengan Membenteras Jenayah.
* Pendidikan Menyeluruh Pemacu Perubahan
* Jaminan Perkhidmatan Kesihatan Rakyat
* Kebajikan Pekerja Sektor Awam dan Swasta
* Pembelaan Kebajikan Menyeluruh Mesra-Rakyat
* Tawaran Istimewa Bagi Kaum Wanita
* Memajukan Industri Pertanian sekaligus Membela Kaum Petani dan Nelayan
* Dasar, Etika dan Amalan Media Massa Adil, Bersih dan Demokratik
* Pemuliharaan Alam Sekitar
* Dasar Perpaduan Nasional.
sumber harakah daily..

Manifesto BN...Kenapa tak percaya?....PERCAYALAH...

Kuala Lumpur -- Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melancarkan manifesto Barisan Nasional bagi pilihan raya umum ini yang mengandungi misi dan visi jelas untuk membawa Malaysia ke arah masa depan yang lebih gemilang.Sebanyak lapan perkara menjadi tunjang dan ikrar manifesto kali ini, bertemakan Selamat, Aman dan Makmur, yang disertakan dengan laporan kemajuan yang sudah dilaksanakan oleh kerajaan BN sepanjang 2004 hingga tahun 2007.Kelapan-lapan perkara berkenaan ialah ekonomi, pembangunan seimbang, pendidikan, undang-undang dan keselamatan awam, perkhidmatan awam, membanteras rasuah dan meningkatkan urus tadbir, agama dan perpaduan dan dasar luar negara.Di bawah tajuk ekonomi, BN berikrar untuk :
 meningkatkan produktiviti, pendapatan dan daya saing negara;
 menangani kesan kenaikan harga bagi menjamin kualiti hidup rakyat yang bermutu;
 memperkasa peranan sektor swasta sebagai enjin utama menjana pertumbuhan ekonomi negara;
 memupuk dan membantu satu juta syarikat dan usahawan IKS dalam masa lima tahun;
 menjana lebih dua juta peluang pekerjaan yang bermutu dalam masa lima tahun;
 mengurangkan defisit fiskal negara bagi membolehkan lebih banyak dana digunakan untuk tujuan pembangunan, tanpa meningkatkan cukai.
 melaksanakan pelan pembangunan kelima-lima koridor ekonomi bagi menjana pertumbuhan, pelaburan, serta peluang pekerjaan ke seluruh pelosok negara.

Renungkanlah wahai pembangkangggg....

kebajikan juga....dah lama dah...sedar tak sedar aje.....

PeningkatanKDNK sebanyak 18%Pendapatan purata isirumah : RM3,617 dari RM3,249

Lebih dari 1.3 juta peluang pekerjaan baru178,000 rumah kos rendah14 hospital baru, 22 Klinik
Kesihatan dan 64 Klinik DesaBiasiswa JPA: dari 5,000 ke 10,000 orang setahun

BantuanSubsidi bahan api: RM16 bilion

RM18 bilion bagi mengekalkan harga rendah bekalan gas kepada industri
Lain-lain subsidi: RM9.2 bilion
Subsidi elektrik: RM331 juta bagi tahun 2006 dan 2007Bantuan RM450 sebulan untuk keluarga miskin
oleh itu.....sedarlah wahai pengundi semua....mai pakat undi BN
sumber dari bn