PERSOALAN untuk menjadikan Malaysia sebuah negara kebajikan yang secara tiba-tiba diusulkan oleh Pas dilihat lebih cenderung kepada retorik politik serta cubaan mewujudkan persepsi polemik di kalangan umat Islam dan juga masyarakat Malaysia amnya. Secara kebiasaannya, semakin menghampiri tarikh pengundian, maka semakin berkumandang suara-suara dan slogan-slogan retorik ciptaan Pas dan juga pembangkang.
Jika slogan negara kebajikan diuar-uarkan di Myanmar, India, Pakistan serta Bangladesh, kemungkinan Pas akan mampu mendapatkan sokongan. Tetapi dalam konteks Malaysia, slogan seumpama itu hanya menunjukkan kecetekan pemikiran pemimpin-pemimpin Pas mengenai realiti semasa. Ini kerana slogan yang dibawa itu berkisar kepada pelbagai perkara yang telah pun ditangani oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Inilah komitmen kerajaan dalam membina modal insan negara yang juga merupakan langkah mendahului polemik ‘iklan’ Pas yang hanya retorik dan ‘penipuan’ Pas semata-mata untuk mendapatkan perhatian rakyat. Dalam isu kenaikan harga minyak, negara telah menampung lebih RM35 bilion subsidi minyak semata-mata bagi mengawal harga di pasaran semasa demi manfaat rakyat. Bayangkan jika negara ini bukan negara kebajikan, semestinya rakyat akan terbeban dengan harga minyak semasa yang mungkin mencecah hampir ke paras RM5 seliter. Cara kerajaan Malaysia meluaskan skop pendemokrasian pendidikan negara juga telah dilihat sebagai satu tindakan murni yang menyahut perintah Allah dan Sunah Rasulullah s.a.w. yang mana wahyu pertama diturunkan adalah ‘Iqra’ yakni membaca atau belajar. Tindakan kerajaan seawal kemerdekaan membina negara kebajikan yang berstruktur dengan pencetusan pelbagai dasar seperti Dasar Ekonomi Baru adalah jauh meninggalkan retorik Pas yang seperti dinyatakan oleh Naib Presidennya, Datuk Husam Musa bahawa ‘negara kebajikan itu sebagai tawaran’ semata-mata. Sikap kerajaan jauh berbeza dari era pemerintahan Pas semasa mentadbir negeri Terengganu untuk penggal 1999-2004. Pas seolah ‘bermusuh’ dengan sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak, dengan melakukan tindakan tidak ‘berkebajikan’ seperti bertindak merobohkan tadika. Yang pastinya Pas tidak akan mampu membina kerajaan dengan hanya bertanding di 60 kerusi Parlimen semata-mata. Inilah retorik kempen Pas apatah lagi untuk menunaikan hasrat provokasi mereka mengenai polemik ‘negara kebajikan’ yang secara jelas tidak mampu dilaksanakan oleh parti itu.

Sumber : Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment