terbang lah burung terbang

Wednesday, February 27, 2008

Nak tuduh biar ada bukti!!!!!



Gambar sudah menjadi bukti. Azalina berprofil buruk. Menteri yang membela rakyat kini menjerumuskan rakyat ke arah sesuatu yang menyonsang dari lumrah.
Apa yang kita tunggu lagi? Mahukah kita meneruskan kegiatan sumbang Menteri Lesbian ini bermaharajalela? Pak Lah mestilah mengheret Azalina ke Jawatankuasa Disiplin UMNO! Lucutkan semua jawatan Azalina dalam kerajaan dan politik!


Wahai blogger http://azalinalesbian-gambarsensasi.blogspot.com/, dah takder kerja lain ker?Hmm tak baik menfitnah orang...mesti saudara tahu dosa yang menanti kan?Bertaubat lah saudara sebelum terlambat.Saudara buat blog fitnah nih semata-mata untuk menfitnah Azalina saja?Kan lebih banyak perkara lain yang boleh di kongsikan, daripada perkara fitnah yang tak berasas ini.Kalau benarlah Azalina ni lesbian, mana buktinya.Takkan setakat gambar Azalina bersama dengan keluarga dan rakan-rakan pun boleh ditakrifkan sebagai lesbian.Hai..pikir-pikirlah wahai pembaca yang berakal sekalian.Jangan terpengaruh.

Pas Nak Negara Kebajikan?Hmm BN Dah Lama Buat Pun

PERSOALAN untuk menjadikan Malaysia sebuah negara kebajikan yang secara tiba-tiba diusulkan oleh Pas dilihat lebih cenderung kepada retorik politik serta cubaan mewujudkan persepsi polemik di kalangan umat Islam dan juga masyarakat Malaysia amnya. Secara kebiasaannya, semakin menghampiri tarikh pengundian, maka semakin berkumandang suara-suara dan slogan-slogan retorik ciptaan Pas dan juga pembangkang.

Jika slogan negara kebajikan diuar-uarkan di Myanmar, India, Pakistan serta Bangladesh, kemungkinan Pas akan mampu mendapatkan sokongan. Tetapi dalam konteks Malaysia, slogan seumpama itu hanya menunjukkan kecetekan pemikiran pemimpin-pemimpin Pas mengenai realiti semasa. Ini kerana slogan yang dibawa itu berkisar kepada pelbagai perkara yang telah pun ditangani oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Inilah komitmen kerajaan dalam membina modal insan negara yang juga merupakan langkah mendahului polemik ‘iklan’ Pas yang hanya retorik dan ‘penipuan’ Pas semata-mata untuk mendapatkan perhatian rakyat. Dalam isu kenaikan harga minyak, negara telah menampung lebih RM35 bilion subsidi minyak semata-mata bagi mengawal harga di pasaran semasa demi manfaat rakyat. Bayangkan jika negara ini bukan negara kebajikan, semestinya rakyat akan terbeban dengan harga minyak semasa yang mungkin mencecah hampir ke paras RM5 seliter. Cara kerajaan Malaysia meluaskan skop pendemokrasian pendidikan negara juga telah dilihat sebagai satu tindakan murni yang menyahut perintah Allah dan Sunah Rasulullah s.a.w. yang mana wahyu pertama diturunkan adalah ‘Iqra’ yakni membaca atau belajar. Tindakan kerajaan seawal kemerdekaan membina negara kebajikan yang berstruktur dengan pencetusan pelbagai dasar seperti Dasar Ekonomi Baru adalah jauh meninggalkan retorik Pas yang seperti dinyatakan oleh Naib Presidennya, Datuk Husam Musa bahawa ‘negara kebajikan itu sebagai tawaran’ semata-mata. Sikap kerajaan jauh berbeza dari era pemerintahan Pas semasa mentadbir negeri Terengganu untuk penggal 1999-2004. Pas seolah ‘bermusuh’ dengan sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak, dengan melakukan tindakan tidak ‘berkebajikan’ seperti bertindak merobohkan tadika. Yang pastinya Pas tidak akan mampu membina kerajaan dengan hanya bertanding di 60 kerusi Parlimen semata-mata. Inilah retorik kempen Pas apatah lagi untuk menunaikan hasrat provokasi mereka mengenai polemik ‘negara kebajikan’ yang secara jelas tidak mampu dilaksanakan oleh parti itu.

Sumber : Utusan Malaysia

Tuesday, February 26, 2008

Fakta kenapa kita perlu undi BN.....renung-renungkanlah

1. Sistem perkongsian kuasa yang terbukti
Perpaduan dalam menghadapi kegentingan – inilah falsafah yang didokong oleh kami sejak Kemerdekaan dan zaman permulaan parti Perikatan. Walaupun parti komponen BN diwakili pelbagai kumpulan berbeza, setiap keputusan penting dicapai dengan persetujuan ramai, bagi membuahkan hasil yang terbaik untuk Negara. Setiap kumpulan berhak bersuara, namun matlamat muktamad ialah kepentingan Negara tetap terpelihara. Sistem perkongsian kuasa ini menuntut kompromi dan juga kefahaman mengenai pengorbanan yang perlu bagi menjamin keselamatan, keamanan serta kemakmuran Negara. Ini memerlukan perkongsian pendapat mengenai Negara, sesuatu yang telah berjaya dicapai sepanjang perkongsian kuasa yang berdekad lamanya. Berapa banyakkah pakatan boleh mengaku mereka benar-benar bersepadu seperti ini?

2. Kerajaan yang terbukti berkesan
Kemakmuran serta keselamatan yang dinikmati sejak 50 tahun Kemerdekaan membuktikan keberkesanan kerajaan pimpinan BN. Dari agenda pertumbuhan ekonomi, hinggalah pembasmian kemiskinan, kerajaan BN telah menghasilkan kejayaan demi kejayaan. Dalam masa empat tahun yang lepas, kerajaan BN telah terus berusaha merealisasikan mandat 2004 rakyat yang begitu tinggi harapannya. Keadaan semasa amat mencabar: harga komoditi yang kian meningkat, serangan penyakit SARS, ekonomi sedunia yang tidak menentu, harapan rakyat yang tinggi. Tetapi kerajaan BN tetap tabah, dan hasilnya Negara berjaya menempuh saat-saat genting ini dengan lebih baik berbanding negara-negara lain. Malaysia tetap mengalami pembangunan yang pesat walaupun berhadapan dengan cabaran-cabaran tersebut.

3. Keberanian menghadapi cabaran, berwawasan menghadapi masa depan
Dunia kini semakin mencabar. Kemungkinan kemerosotan ekonomi di Amerika Syarikat serta ancaman pengganas yang berleluasa telah menimbulkan ketakutan serta pandangan yang pesimis. Pada masa yang sama, Malaysia berada di persimpangan jalan. Negara kita perlu menguasai persaingan global dengan menjana ekonomi pengetahuan (knowledge economy). Rakyat Malaysia perlu maju dari segi sosial serta budaya. Kesemua ini, dan banyak lagi perkara lain, perlu dicapai tanpa mengorbankan keselamatan, keamanan serta kualiti hidup rakyat. Setelah memimpin Negara menghadapi saat-saat genting, serta pelbaai fasa ekonomi yang beragam, kita sedar kita perlu sentiasa pragmatik dan bertanggungjawab. Kita tidak akan sekali-kali menyuarakan janji kosong atau yang merbahaya seperti yang dilakukan oleh parti-parti lain. Seperti yang telah kita kotakan sebelum ini, kita akan membuat pilihan yang betul, dan kita akan berusaha mempersediakan Negara ini untuk menghadapi masa hadapan.
sumber dari bn

Manifesto PAS - Boleh Percaya ker?

Boleh ker nak laksanakan manifesto ini...ish ish ish....
Dalam pelancaran manifesto itu, PAS menonjolkan Negara Berkebajikan sebagai satu tawaran untuk menunaikan keperluan rakyat dalam menghadapi penderitaan dalam semua aspek termasuk politik, ekonomi dan sosial. Menurut Abdul Hadi dalam ucapan pelancaran, tanggungjawab menunaikan Negara Berkebajikan ini adalah lebih luas daripada istilah yang difahami di politik Barat 'welfare state. "Walaupun sebahagianya dilaksana oleh negara-negar Barat, objektif yang dimaksudkan oleh PAS dalam negara ini adalah lebih luas," katanya. Katanya, bagi merealisasikan tema ini PAS menonjolkan tiga ciri yang penting bagi pemerintahan dan pentadbiran negara iaitu beramanah,adil dan bersih. Apa yang terkandung dalam 'Negara Berkebajikan', PAS melaksanakan tanggungjawab dengan memberikan pendidikan dan kesihatan secara percuma. Bukan itu sahaja, Abdul Hadi turut menegaskan 'Negara Berkebajikan' juga hendaklah mengendalikan hasil negara iaitu kewangan dan segala punca ekonomi dengan cara amanah dan bersih daripada rasuah. Dengan menghapuskan sifat rasuah ini, beliau juga yakin dan percaya PAS dapat mengendalikan hasil negara dengan baik dalam masa yang sama mendapat kepercayaan daripada masyarakat majmuk. Dalam pada itu, Abdul Hadi menjelaskan Negara Berkebajikan yang ditawarkan oleh PAS turut menonjolkan aspek spiritiual yang berbeza seperti mana 'Walfare State' yang dibuat di negara Barat. Menurut beliau, aspek spiritual itu merangkumi perhitungan dosa dan pahala di sisi Allah yang ada dalam ajaran Islam. Dengan menerapkan aspek itu, beliau yakin rakyat akan selesa bukan sahaja kehidupan mereka bertambah baik bahkan akan wujud sifat toleransi antara satu sama lain. Turut serta dalam pelancaran manifesto PAS itu, Pengarah Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad; AJK PAS, Dr Mohd Hatta Ramli; Calon Putrajaya, Mohammad Nor Mohamad; Calon Kota Raja, Dr Mariah Mahamud dan Calon Titiwangsa, Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali. Justeru, tegasnya, 'Negara Berkebajikan' akan memberi keberanian kepada rakyat berbagai kaum, akademik dan pakar-pakar untuk mengkritik dan memberi pandangan kepada kerajaan. Oleh itu, katanya, demonstrasi jalanan tidak akan timbul bahkan demonstrasi akan dijalankan dengan aman begitu juga kebebasan media akan berlaku dengan sebaiknya. Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar dalam ucapannya berkata, PAS mengemukakan manifesto pada hari ini untuk menjelaskan kepada rakyat supaya tidak timbul kekeliruan sebagaimana yang cuba dipropagandakan oleh parti lawan. Beliau juga berharap, PAS akan dipilih dan diberi mandat oleh rakyat pada pilihan raya kali ini sekaligus akan melaksanakan apa yang terkandung dalam manifesto itu. Abdul Hadi turut menyerahkan manifesto kepada setiap wakil Dewan Muslimat, Pemuda, Ulama, jentera wanita muda, kelab penyokong PAS dan wakil kawasan. Manifesto yang mempunyai 36 muka surat terdiri daripada 12 Teras, antaranya;

* Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih
* Pengurusan Berhemat (Pruden) Kekayaan Negara,
* Jaminan Keselamatan Nyawa, Kehormatan dan Harta Benda dengan Membenteras Jenayah.
* Pendidikan Menyeluruh Pemacu Perubahan
* Jaminan Perkhidmatan Kesihatan Rakyat
* Kebajikan Pekerja Sektor Awam dan Swasta
* Pembelaan Kebajikan Menyeluruh Mesra-Rakyat
* Tawaran Istimewa Bagi Kaum Wanita
* Memajukan Industri Pertanian sekaligus Membela Kaum Petani dan Nelayan
* Dasar, Etika dan Amalan Media Massa Adil, Bersih dan Demokratik
* Pemuliharaan Alam Sekitar
* Dasar Perpaduan Nasional.
sumber harakah daily..

Manifesto BN...Kenapa tak percaya?....PERCAYALAH...

Kuala Lumpur -- Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melancarkan manifesto Barisan Nasional bagi pilihan raya umum ini yang mengandungi misi dan visi jelas untuk membawa Malaysia ke arah masa depan yang lebih gemilang.Sebanyak lapan perkara menjadi tunjang dan ikrar manifesto kali ini, bertemakan Selamat, Aman dan Makmur, yang disertakan dengan laporan kemajuan yang sudah dilaksanakan oleh kerajaan BN sepanjang 2004 hingga tahun 2007.Kelapan-lapan perkara berkenaan ialah ekonomi, pembangunan seimbang, pendidikan, undang-undang dan keselamatan awam, perkhidmatan awam, membanteras rasuah dan meningkatkan urus tadbir, agama dan perpaduan dan dasar luar negara.Di bawah tajuk ekonomi, BN berikrar untuk :
 meningkatkan produktiviti, pendapatan dan daya saing negara;
 menangani kesan kenaikan harga bagi menjamin kualiti hidup rakyat yang bermutu;
 memperkasa peranan sektor swasta sebagai enjin utama menjana pertumbuhan ekonomi negara;
 memupuk dan membantu satu juta syarikat dan usahawan IKS dalam masa lima tahun;
 menjana lebih dua juta peluang pekerjaan yang bermutu dalam masa lima tahun;
 mengurangkan defisit fiskal negara bagi membolehkan lebih banyak dana digunakan untuk tujuan pembangunan, tanpa meningkatkan cukai.
 melaksanakan pelan pembangunan kelima-lima koridor ekonomi bagi menjana pertumbuhan, pelaburan, serta peluang pekerjaan ke seluruh pelosok negara.

Renungkanlah wahai pembangkangggg....

kebajikan juga....dah lama dah...sedar tak sedar aje.....

PeningkatanKDNK sebanyak 18%Pendapatan purata isirumah : RM3,617 dari RM3,249

Lebih dari 1.3 juta peluang pekerjaan baru178,000 rumah kos rendah14 hospital baru, 22 Klinik
Kesihatan dan 64 Klinik DesaBiasiswa JPA: dari 5,000 ke 10,000 orang setahun

BantuanSubsidi bahan api: RM16 bilion

RM18 bilion bagi mengekalkan harga rendah bekalan gas kepada industri
Lain-lain subsidi: RM9.2 bilion
Subsidi elektrik: RM331 juta bagi tahun 2006 dan 2007Bantuan RM450 sebulan untuk keluarga miskin
oleh itu.....sedarlah wahai pengundi semua....mai pakat undi BN
sumber dari bn